PERTANDINGAN VIDEO PROMOSI PPSTM

Hadiah Pertama: RM 500 beserta sijil penyertaan
Hadiah Kedua: RM 200 berserta sijil penyertaan
Hadiah ketiga: RM 100 beserta sijil penyertaan
Saguhati: Sijil penyertaan untuk semua penyertaan
*Terdapat juga hadiah misteri untuk video dengan ‘likes’ terbanyak di Facebook PPSTM (pihak PPSTM akan memuatnaik video penyertaan ke Facebook PPSTM untuk pemilihan pemenang bagi kategori ini)

Syarat-syarat penyertaan
• Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga UMT (staf dan pelajar) secara individu atau berkumpulan
• Penyertaan adalah terbuka bermula 22 April 2018 sehingga 14 Julai 2018
• Penyertaan adalah percuma
• Video yang dihasilkan perlu bertema mempromosikan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM), UMT dan mengikut genre korporat
• Kos penghasilan karya adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta
• Karya penyertaan mestilah merupakan idea asal dan bukan diciplak dari mana-mana pihak lain
• Karya penyertaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Inggeris, atau diwajibkan mempunyai sarikata Bahasa Inggeris.
• Tempoh masa video tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 saat dan tidak melebihi 3 minit
• Hasil karya akan menjadi hakmilik PPSTM sepenuhnya dan boleh digunakan untuk apa-apa urusan berkaitan tanpa perlu membayar royalti atau apa-apa bayaran lain terhadap hak cipta karya tersebut
• Sebarang penggunaan lagu, jenama, rekaan, barangan dan sebagainya, perlu mendapat persetujuan pemilik asal dan pihak PPSTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pertikaian hakmilik (jika ada)
• Kandungan video hendaklah tidak mengandungi sebarang unsur yang memburuk-burukkan atau mencemar mana-mana individu, organisasi, parti politik, ataupun mana-mana pihak lain serta tidak mempunyai unsur-unsur sensitiviti mana-mana kaum atau agama
• Video adalah digalakkan untuk dihasilkan dalam resolusi 720p hingga 1080p dengan 16:9 (wide)
• Video perlu dimuatnaik ke YouTube dan pautan (link) YouTube tersebut hendaklah diemelkan ke: aidilla@umt.edu.my dengan tajuk #vidpromosippstm2018(nama peserta)
• Tarikh akhir bagi penghantaran emel penyertaan adalah pada 15 Julai 2018.
• Keputusan panel juri adalah muktamad

 

Pertandingan Video PPSTM
MYNEMO