makmal pemakanan manusiaPENGENALAN
Makmal Pemakanan Manusia merupakan sebuah makmal pengajaran yang melibatkan kursus-kursus dalam bidang pemakanan manusia dan instrumentasi makanan. Antara amali yang dijalankan di makmal ini adalah seperti STM3112 (Peralatan dalam analisis makanan) dan STM3203 (Pemakanan dan Kesihatan). Makmal ini mempunyai kemudahan peralatan berteknologi tinggi seperti HPLC, GC, DSC, FTIR, AAS dan Rheometer. Selain dari itu, makmal ini juga mempunyai peralatan bagi ujian saringan kesihatan seperti analisis darah, glukometer, analisis urin dan mesin penentu lemak badan.

 

 

This post is also available in: English

MYNEMO