Bilakah Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM)  mula ditubuhkan?

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi  Makanan (PPSTM) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) oleh Kementerian Pendidikan  Tinggi  pada 2002 dan mula beroperasi pada sesi akademik November 2002/2003 dengan nama Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM). Bermula Disember 2013,UMT telah melaksanakan transformasi governan akademik dimana FASM telah ditukarkan nama kepada Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) .

Apakah matlamat penubuhan PPSTM?

  • Menumpukan kepada aspek penyelidikan dan pengurusan teknologi pengeluaran pertanian dan makanan yang mampu mempertingkatkan pengeluaran sumber makanan serta menjana pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan.

 

  • Menghasilkan sumber manusia profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidangnya, berkepimpinan serta mempunyai nilai-nilai murni.

 

  • Melahirkan usahawan dan tenaga profesional dalam bidang agro-makanan berasaskan tanaman, perikanan dan ternakan, dengan mempertingkatkan pengeluaran sumber-sumber agro dan pengurusan makanan melalui integrasi elemen-elemen IT, perniagaan, pengurusan, sains dan teknologi.

 

  • Memberi khidmat nasihat dan idea kepada golongan-golongan berkepentingan seperti nelayan, penternak, petani, industri dan masyarakat keseluruhannya.

 

Apakah program – program  yang ditawarkan oleh PPSTM?

PPSTM menawarkan program – program di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan sebagaimana berikut :

  1. Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)
  2. Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan)
  3. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)
  4. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman)
  5. Sarjana Sains (Penyelidikan)
  6. Doktor Falsafah (Penyelidikan)

 

Adakah program pengajian yang ditawarkan di PPSTM mendapat pengiktirafan?

Semua program pengajian yang ditawarkan di PPSTM mendapat pengiktirafan “Malaysian Qualification Agency (MQA)” dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disamping mendapat Persijilan MS ISO 2001:2008 Skop Pengajaran dan Pembelajaran.

Bahasa pengantar utama yang digunakan di PPSTM?

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak PPSTM?

Pejabat Dekan
Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel : +609-6684930/4931
Faks : +609-6684949

Laman web : www.ppstm.umt.edu.my

This post is also available in: Malay

MYNEMO