Latar Belakang

 

BENGKEL “KE ARAH MEMENUHI KEPERLUAN JAMINAN KUALITI DALAM PENGHASILAN PRODUK MAKANAN MELALUI UJIAN MIKROBIOLOGI YANG BERKESAN”

Bengkel “Ke Arah Memenuhi Keperluan Jaminan Kualiti dalam Penghasilan Produk Makanan Melalui Ujian Mikrobiologi yang Berkesan” merupakan program yang dirangka untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang ujian-ujian makmal mikrobiologi yang terkini yang lebih cepat dan tepat. Hal ini kerana industri pemprosesan dan penghasilan produk makanan kini berhadapan dengan pelbagai cabaran demi memenuhi dan mematuhi peraturan dan piawaian pihak berwajib untuk menjamin kualiti setiap produk makanan yang dihasilkan. Program ini akan menjadi salah satu program pemindahan Ilmu bagi Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan dan akan menjadi program CSR bagi Syarikat   Arachem (M) Sdn. Bhd kepada komuniti yang terlibat dalam industri pemprosesan dan penghasilan produk makanan di pantai timur. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menjayakan program ini.

 

2.0 Anjuran

Program ini adalah anjuran bersama antara Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Syarikat Arachem (M) Sdn. Bhd dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

 

3.0 Objektif

Program ini menggariskan tiga objektif utama untuk dicapai, iaitu:

3.1 Untuk memberi pendedahan kepada peserta ujian-ujian mikrobiologi yang terkini yang lebih cepat dan tepat

3.2 Untuk meningkatkan pengetahuan dalam kalangan peserta tentang kepentingan penjagaan dan pengawasan aspek kebersihan dalam pemprosesan dan penghasilan produk makanan

3.3 Untuk memberi kesedaran kepada peserta bahawa pemeriksaan tahap kebersihan premis dan produk boleh dilakukan sendiri

 

4.0 Peserta program

Terdiri daripada pengusaha industri pemprosesan dan penghasilan produk makanan, pegawai dan kakitangan jabatan kesihatan awam, kakitangan UMT, UniSZA dan pelajar siswazah UMT dan UniSZA yang berkaitan

 

5.0 Tarikh dan tempat

Program akan dijalankan pada 20 September 2017 (Rabu) di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM), UMT.

 

 

6.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti
8.00 – 9.00 pagi Pendaftaran dan minum pagi

 

9:00 – 9:20 pagi Ucapan Aluan oleh Dekan PPSTM

Sesi bergambar

 

9:20 – 10:00 pagi Pemantauan Terhadap Pematuhan Akta Makanan 1983: Skop Analisis Mikrobiologi oleh wakil JKNT

 

10.00-11.00 Ujian Mikrobiologi 1:

Melangkaui Kaedah Tradisional: Kaedah Pantas Dalam Pemantauan Kebersihan

 

11:00 – 11.15 pagi Sesi Soal Jawab

 

11.15 – 12.15 pagi Ujian Mikrobiologi 2:

Analisis Penunjuk Kualiti dan Penyelesaian dalam Kaedah Pemprosesan Makanan

 

12.15 – 12:30 petang Sesi Soal Jawab

 

12:30 – 2.00 petang Rehat dan Makan Tengahari

 

2.00 – 2.15 petang Sesi interaksi bersama peserta

 

2.15 – 3.15 petang Ujian Mikrobiologi 3:

Analisis Patogen : Apa, Kenapa dan Bagaimana

 

3.15 – 3.30 petang Sesi Soal Jawab

 

3.30 – 4.45 petang Demonstrasi Kit Ujian

 

4.45 petang Minum Petang dan Tamat

 

 

 

MYNEMO