Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya bagi mereka yang telah merealisasikan Laman Web Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM).
Umum mengetahui bahawa tujuan penubuhan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah untuk memacu bidang sains, teknologi dan pengurusan sumber alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara. Justeru itu, PPSTM menawarkan program-program dalam bidang agroteknologi dan sains gunaan yang merupakan satu langkah pragmatik ke arah memenuhi permintaan tenaga kerja khususnya dalam bidang pertanian dan makanan. PPSTM berhasrat untuk membangunkan sumber manusia terlatih dalam bidang agroteknologi dan sains gunaan, mampu bersaing, jati diri dan berakhlak mulia bagi menampung keperluan tenaga kerja. PPSTM akan dapat memainkan peranannya dari aspek penguasaan pelbagai ilmu sains dan teknologi dalam pengeluaran pertanian dan makanan, melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan penerokaan terkini selaras dengan dasar kerajaan dan aspirasi rakyat.
PPSTM berharap akan menghasilkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berkepimpinan serta mempunyai nilai-nilai murni di samping melahirkan usahawan dan tenaga profesional dalam agro-industri tanaman, perikanan, ternakan dan akuakultur.
Akhir kata, dari hati yang penuh tulus ikhlas saya merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam perkembangan ilmu di PPSTM yang akan melahirkan graduan yang cemerlang dan terbilang.

Prof. Madya Dr. Amiza Mat Amin
Dekan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan

This post is also available in: English

MYNEMO