PENGENALAN

Makmal Sains Tanaman di PPSTM berperanan mengendalikan kelas amali bagi kursus-kursus Pengeluaran Tanaman, Genetik dan Bioteknologi Pertanian, Botani dan Fisiologi Tanaman, Teknologi Bijibenih, Florikultur, Pomologi, Olerikultur dan Herba Ubatan. Makmal ini juga digunakan oleh pelajar untuk mengendalikan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) dan projek penyelidikan MSc dan PhD. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan berkaitan kajian sains tanaman seperti mikroskop (cahaya dan kompoun) yang dihubungkan dengan kamera dan empat unit monitor/skren televisyen. Selain itu, makmal ini juga mempunyai Growth Chamber, Chiller, Biomedical Freezer, Upright Freezer, oven, laminar flow, dsb yang kerap digunakan dalam kajian sains tanaman. Di makmal ini juga terdapat ruang dan peralatan untuk kajian kultur tisu, fungi dan mikrobiologi berkaitan tanaman. Makmal Sains Tanaman juga mempunyai ruang dan kemudahan peralatan kajian DNA tumbuhan saperti PCR (Polymerase Chain Reaction), E-Gel Imager, Biodrop dan Biospectrometer. Model-model bahan pengajaran seperti model struktur sel tumbuhan, mitosis dan meiosis, dan lain-lain juga terdapat di makmal ini.

makmal-sains-tanah

 Penyelaras Makmal:

DR. RAMISAH BINTI MOHD SHAH
B. Agric. Sc., M.Sc. (UPM), Ph.D., (Murdoch University, Australia)
Bioteknologi Pertanian

Tel : +609 668 4989
Emel : ramisah@umt.edu.my

 Pegawai yang bertanggungjawab:


PEGAWAI SAINS KANAN
MOHD REDHUAN BIN MOHD NOOR

Tel: +609 668 4952
Emel : redhuan@umt.edu.my

PEN. PEGAWAI PERTANIAN
ATHIRAH FATIN BINTI BADRUL HISHAM

Tel : +609 668 4563
Emel : athirah@umt.edu.my

PEMBANTU MAKMAL KANAN
RUZAIRIE BIN HUSSIN

Tel : +609 668 4467
Emel : ruzairie@umt.edu.my

This post is also available in: English

MYNEMO