Pusat Pengajian Sains dan Teknologi  Makanan (PPSTM) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) oleh Kementerian Pendidikan  Tinggi  pada 2002 dan mula beroperasi pada sesi akademik November 2002/2003 dengan nama Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM). Bermula Disember 2013, FASM telah ditukarkan nama kepada Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) . PPSTM  bermatlamat untuk memberi latihan akademik dan penyelidikan dalam disiplin agroteknologi dan sains makanan bagi memenuhi keperluan tenaga profesional dan terlatih dalam  negara dan serantau.

PPSTM kini menawarkan empat program pengajian peringkat Ijazah Pertama dan dua program peringkat Ijazah Lanjutan.

 

Program pengajian peringkat Ijazah Pertama adalah :

  • Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) / 4 tahun pengajian

 

  • Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) / 4 tahun pengajian    

                                              

  • Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) / 4 tahun pengajian   

                                          

  • Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai) / 3 tahun pengajian         

                                    

*Program peringkat Ijazah Lanjutan adalah :

  • Master Sains (M.Sc.)                     – minimum 2 tahun pengajian

 

  • Doktor Falsafah (Ph.D.)                – minimum 3 tahun pengajian

 

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan terletak di kampus utama Universiti Malaysia Terengganu, Mengabang Telipot, 25 kilometer dari Kuala Terengganu dan 10 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

 

Objektif PPSTM adalah untuk :

  • Menumpukan kepada aspek penyelidikan dan pengurusan teknologi pengeluaran pertanian dan makanan yang mampu mempertingkatkan pengeluaran sumber makanan serta menjana pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan.
  • Menghasilkan sumber manusia profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidangnya, berkepimpinan serta mempunyai nilai-nilai murni.
  • Melahirkan usahawan dan tenaga profesional dalam agro-industri tanaman, ternakan dan akuakultur, mempertingkatkan sumber-sumber hayat dan pengurusan makanan melalui integrasi elemen-elemen IT, perniagaan, pengurusan, sains dan teknologi.
  • Memberi khidmat nasihat dan idea kepada golongan-golongan berkepentingan seperti nelayan, penternak, petani, industri dan masyarakat keseluruhannya.

Sebarang maklumat berkenaan program pengajian boleh menghubungi alamat dibawah:

Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09-668 4143
Email : akademik@umt.edu.my

This post is also available in: English

MYNEMO