perkhidmatan-makanan

PENGENALAN

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) merupakan program pertama yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM), UMT. Program ini mula ditawarkan bermula Sesi Mei 2000/2001. Ianya merupakan salah satu program pengajian di UMT yang menjadi pilihan pelajar. Program ini telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Oktober 2003 dan selanjutnya berada dalam senarai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program ini menerapkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang sains makanan umumnya dalam aspek komposisi dan nilai pemakanan dalam makanan, perundangan dan keselamatan makanan, penganalisaan makanan dan pembangunan produk makanan. Program ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran serta pengurusan yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan komersial yang semakin menekankan penyediaan makanan yang sihat dan selamat serta berkualiti. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kepakaran dalam memberikan nasihat tentang pengambilan makanan ideal dan kaitannya dengan kesihatan kepada komuniti.


KELAYAKAN KEMASUKAN

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;
• Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
• Kimia dan kejuruteraan Kimia


 

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Kimia/kejuruteraan Kimia


Kelayakan Minimum STPM

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

 Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
Kimia dan kejuruteraan Kimia


Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit

Tempoh Pengajian – 4 tahun

Yuran Pelajar Tempatan /Semester (RM) 980.00

Yuran Pelajar Antarabangsa /Semester (RM) 2300.00

Jumlah jam Kredit – 140

♦ Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).

♦ Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) – RM450.00

♦ Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:

• 4 orang per bilik – RM 357.00/semester/pelajar

• 3 orang per bilik – RM 476.00/semester/pelajar

• 2 orang per bilik – RM 595.00/semester/pelajar

Yuran Tidak Berulang

Pendaftaran                100.00

Minggu Orientasi     200.00

Ko-kurikulum            150.00

JUMLAH                450.00


PELUANG KERJAYA

Di agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta, graduan program ini berkelayakan untuk memegang jawatan-jawatan berikut;

  1. Pegawai Sains
  2. Pegawai Penyediaan Makanan
  3. Pegawai Penyelidik dan Pembangunan
  4. Juruanalisis Makanan
  5. Pegawai Akademik (Pensyarah dan Pegawai Pendidikan Tinggi)
  6. Pegawai Tadbir

Khusus di agensi-agensi swasta yang merangkumi hospital dan pusat penjagaan kesihatan, industri perkhidmatan makanan komersial (restoran, hotel, agensi penerbangan, agensi ketenteraan dan sebagainya) dan juga industri pengeluaran makanan, selain daripada jawatan-jawatan yang disenaraikan di atas, graduan program ini juga berkelayakan untuk memegang jawatan-jawatan berikut;

  1. Pegawai Pemakanan
  2. Pegawai Kesihatan Komuniti
  3. Pegawai Khidmat Pelanggan (Pemakanan dan Produk)
  4. Perunding Kesihatan/ Makanan
  5. Eksekutif Perkhidmatan Makanan
  6. Pegawai Jaminan/ Kawalan Kualiti Makanan

Selain daripada peluang kerjaya yang dinyatakan di atas, graduan program ini juga berupaya menjadi usahawan dalam industri pengeluaran makanan mahupun industri pekhidmatan makanan komersial.


KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

Jabatan Pengurusan Akademik 
Bangunan Pusat Pengajian Siswazah 

Universiti Malaysia Terengganu 

21030 Kuala Terengganu 

Terengganu Darul Iman. 

Tel : 09-668 4532/4219 

Faks : 09 – 668 4143  

Laman Web :www.umt.edu.my

This post is also available in: English

MYNEMO