Pengenalan
Program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) telah mula ditawarkan di universiti Malaysia Terengganu bermula sesi julai 2007/2008. Program ini menjadi salah satu pilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian keperingkat Ijazah pertama. Program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan tinggi, terlatih dan mahir dalam pemperosesan dan pengendalian teknologi penghasilan makanan untuk menghasilkan produk makanan yang berkhasiat dan selamat.Disamping itu pelajar juga diberikursus keusahawanan yang mampu lahir sebagai usahawan yang inovatif dan boleh berdikari dalam industri makanan.
Graduan yang dihasilkan boleh bekerja dengan pelbagai agensi swasta dan awam dalam bidang yang berkaitan sains dan teknologi makanan termasuk penyelidikan dan pembangunan produk makanan, perundangan, makanan, pendidikan dan sebagainya.
KELAYAKAN KEMASUKAN
Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;
• Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
KEPERLUAN KHAS PROGRAM Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
• Kimia / kejuruteraan Kimia
Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi
Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
KEPERLUAN KHAS PROGRAM Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Kimia /Kejuruteraan Kimia
Kelayakan Minimum STPM
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
KEPERLUAN KHAS PROGRAM Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Kimia /Kejuruteraan Kimia
Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit
Tempoh Pengajian – 4 tahun
Yuran Pelajar Tempatan /Semester (RM) 980.00
Yuran Pelajar Antarabangsa /Semester (RM) 2300.00
Jumlah jam Kredit – 140
♦ Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).
♦ Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) – RM450.00
♦ Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:
• 4 orang per bilik – RM 357.00/semester/pelajar
• 3 orang per bilik – RM 476.00/semester/pelajar
• 2 orang per bilik – RM 595.00/semester/pelajar
Yuran Tidak Berulang
Pendaftaran 100.00
Minggu Orientasi 200.00
Ko-kurikulum 150.00
JUMLAH 450.00
Bidang Kerjaya
Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) adalah seperti berikut:
1. Eksekutif Teknologi Makanan dalam industri makanan 2. Pegawai Teknologi Makanan 3. Pegawai Penyelidik 4. Pegawai Sains 5. Pegawai Perikanan 6. Pegawai Mikrobiologi 7. Pegawai Kimia 8. Pegawai Kawalan Mutu Makanan
KETERANGAN LANJUT
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :
Jabatan Pengurusan Akademik
Bangunan Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09 – 668 4143
Laman Web :www.umt.edu.my
This post is also available in: English