teknologi-lepas-tuai

Pengenalan

Program ini telah ditawarkan di UMT bermula sesi 2005 – 2006. Ia merupakan salah satu program yang menjadi pilihan pelajar. Program ini dirangka bagi melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan latihan yang mantap dalam bidang teknologi lepastuai meliputi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran hasil pertanian. Kursus yang ditawarkan dalam program ini ditumpukan kepada teknologi lepas tuai hasil  tanaman, penternakan dan perikanan yang merupakan sektor agroindustri yang boleh memberikan sumbangan yang signifikan kepada pendapatan. Penekanan juga diberi kepada teknologi bagi meningkatkan hasil nilai tambah produk pertanian untuk memanfaatkan sumber bagi kesejahteraan hidup masyarakat secara berpanjangan.


KELAYAKAN KEMASUKAN


Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;
• Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
• Biology


Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi


Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Biology


Kelayakan Minimum STPM


Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
    dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Biology


 

Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit

Tempoh Pengajian – 3 tahun

Yuran Pelajar Tempatan /Semester (RM) 980.00

Yuran Pelajar Antarabangsa /Semester (RM) 2300.00

Jumlah jam Kredit – 125

♦ Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).

♦ Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) – RM450.00

♦ Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:

  • 4 orang per bilik – RM 357.00/semester/pelajar
  • 3 orang per bilik – RM 476.00/semester/pelajar
  • 2 orang per bilik – RM 595.00/semester/pelajar

Yuran Tidak Berulang

Pendaftaran                100.00

Minggu Orientasi     200.00

Ko-kurikulum            150.00

JUMLAH              450.00


Bidang Kerjaya

Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Sarjana Muda Sains Agroteknologi  (Teknologi Lepas Tuai) adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Teknologi Lepas Tuai
    2. Pegawai Penyelidik
    3. Pegawai Pertanian
    4. Usahawan
    5. Korporat
    6. Pendidik (Pensyarah / Guru)

KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09 – 668 4143  
  

Website :www.umt.edu.my

This post is also available in: English

MYNEMO