Sarjana-Muda-Sains-Agroteknologi-(Sains-Tanaman)

Pengenalan

Program ini ditawarkan oleh UMT bermula sesi 2014/2015. Ianya merupakan salah satu program yang menjadi pilihan pelajar. Program Sains Tanaman memberikan tumpuan kepada pengajian mengenai tanaman ke arah peningkatan produktiviti dengan memberikan penekanan khusus kepada kefahaman mendalam tentang struktur dan taksonomi tumbuhan, genetik dan pembiakbakaan tumbuhan, fisiologi tumbuhan, sistem penanaman, pengeluaran tanaman, teknologi pengeluaran tanaman makanan, sains tanah, kejenteraan pertanian, teknologi pertanian tepat, kawalan penyakit, serangga dan rumpai, teknologi lepas tuai dan teknologi biji benih. Matlamat program Sains Tanaman ialah untuk menjana dan menyebarkan ilmu bagi tujuan pembangunan pertanian dalam pelbagai bidang sains tanaman.


KELAYAKAN KEMASUKAN


Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;
• Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
• Biology


Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi


Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Biology


Kelayakan Minimum STPM


Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

 Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Biology


Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit

Tempoh Pengajian – 4 tahun

Yuran Pelajar Tempatan /Semester (RM) 980.00

Yuran Pelajar Antarabangsa /Semester (RM) 2300.00

Jumlah jam Kredit – 140

♦ Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).

♦ Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) – RM450.00

♦ Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:

• 4 orang per bilik – RM 357.00/semester/pelajar

• 3 orang per bilik – RM 476.00/semester/pelajar

• 2 orang per bilik – RM 595.00/semester/pelajar


Yuran Tidak Berulang

Pendaftaran                100.00

Minggu Orientasi     200.00

Ko-kurikulum            150.00

JUMLAH                450.00


Bidang Kerjaya

Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Sarjana Muda Sains Agroteknologi  (Sains Tanaman) adalah seperti berikut:

1. Pegawai Penyelidik (Saintis)
2. Pegawai Pertanian
3. Pensyarah Politeknik / Kolej Komuniti
4. Pengurus Ladang
5. Pegawai Sains
6. Guru Biologi / Guru Pertanian
7. Usahawan


KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

Jabatan Pengurusan Akademik 
Bangunan Pusat Pengajian Siswazah 

Universiti Malaysia Terengganu 

21030 Kuala Terengganu 

Terengganu Darul Iman. 

Tel : 09-668 4532/4219 

Faks : 09 – 668 4143  

Laman Web :www.umt.edu.my

This post is also available in: English

MYNEMO